Bila tiba bulan Ramadhan atau pun bulan puasa, umat Islam
biasanya bersiap sedia dengan pelbagai juadah makanan dan tidak boleh tidak –
mesti ada makanan pembuka puasa yang afdhal iaitu kurma.
Kepentingan buah kurma
adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksd :
Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai
makanan. Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah
SAW.
Bercakap pasal kurma ini, tahukah anda yang ianya mempunyai
pelbagai khasiat dan rahsia tersendiri. Berikut adalah info mengenai khasiat
dan kelebihan kurma sebagai sumber makanan kita.
1. KESIHATAN
i)
Mencegah penyakit kronik seperti jantung dan
kencing manis
Berdasarkan kajian Prof Madya Asiah Zain,
pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti
Putra Malaysia (UPM) menyatakan “ Dari segi perubatan, amalan memakan kurma
setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik
seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi galian seperti potassium, kalsium
dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah “. (Berita Harian, Selasa,
20 Februari 2001)
ii)
Merangsang dan memudahkan kehamilan
Prof Madya Asiah juga berkata, buah kurma
mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang
dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan
iii)
Membunuh kuman dalam badan
Saidina Ali r.a. meriwayatkan “ Barang
siapa yang memakan 7 buti tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di
dalam badannya “
2. KECERDASAN & KECERGASAN
i)
Kecerdasan Minda dan Membantu Proses Tumbesaran
Menurut Prof Madya Asiah lagi, kanak-kanak
digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi
proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat
ii)
Tenaga Segera
Maksud Firman Allah SWT dalam surah Maryam
: Ayat 25-26
“ Dan goyanglah pangkal pohon kurma tu kea
rahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan
serta minumlah dan bersenang hatilah kamu “
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas
ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah SWT menyuruh
Saiditina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk
melahirkan Nabi Isa a.s dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s
kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak
3. KEPERIBADIAN
Membentuk sifat penyabar, bersopan santun dan cerdas pemikiran.
Maksud hadis Rasulullah SAW “ Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana
sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang
penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya “
Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk isan yang berperibadi luhur.
Membentuk sifat penyabar, bersopan santun dan cerdas pemikiran.
Maksud hadis Rasulullah SAW “ Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana
sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang
penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya “
Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk isan yang berperibadi luhur.
4. KEBERKATAN
i)
Mengambil keberkatan sewaktu kelahiran
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya
“ Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi SAW lalu baginda menamakannya
dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma “
ii)
Makanan yang paling sempurna
Maksud Sabda Rasulullah SAW “ Rumah yang
tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan “. Dengan sebab itulah Prof Madya
Asiah menyatakan lagi “ pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting
pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan
kurma wajar dijadikan amalan harian "
BUAH KURMA MAMPU CERDASKAN OTAK
Khasiat buah kurma bukan sahaja diakui
dalam Islam dan diakui juadah penting berbuka puasa, malah kalangan ahli
perubatan menganggapnya buah berkhasiat yang mampu mencerdaskan otak dan
menyihatkan tubuh badan.
Buah kurma mengandungi vitamin E serta
komposisi gula yang banyak dikenali sebagai glukosa iaitu sejenis unsur gula
dalam darah yang menjadi sumber tenaga serta membantu seseorang berpuasa dalam
temph yang lama.
Selain berbuka puasa, kurma juga harus
menjadi makanan pilihan umat Islam ketika bersahur seterusnya menjana tubuh
sehingga waktu berbuka.
No comments:
Post a Comment