Secara umumnya, Buah Kurma merupakan makanan turun temurun
daripada junjungan besar Rasulullah s.a.w sehinggalah sekarang, Buah Kurma
sentiasa diamalkan oleh seluruh umat islam di serata dunia. Lazimnya, Buah
Kurma mengandungi gula campuran Glukosa, Sukrosa, Fruktosa, lemak, serat,
vitamin A, B1, B2, B3, Vitamin C, potasium, Kalsium, zat besi, klorin, sodium,
tembaga, magnesium, sulfur, fosfor dan beberapa enzim yang penting untuk
menggalakkan pembiakan bakteria baik dan melancarkan percernaan makanan.
Oleh sebab itulah Baginda Rasulullah s.a.w menyarankan
umatkan sentiasa mengambil buah kurma setiap hari kerana kurma dilengkapi
dengan pelbagai kebaikan yang diperlukan oleh tubuh badan.
Pati Kurma adalah pati ekstrak buah kurma yang telah
dikeluarkan airnya. Persediaan sebegini adalah untuk mereka yang tahu dan ingin
mengamalkan makan kurma kerana khasiatnya yang terlalu banyak, tetapi tidak
mampu memakannya dalam bentuk asalnya.
Oleh kerana buah kurma adalah kadang-kadang melekit jika
dalam keadaan lembap atau basah, kotoran dan habuk kemungkinan akan melekat
pada buahnya semasa perjalannya dari negara asalnya ke pusat penjualan. Oleh
itu lebih selamat juga jika kita amalkannya dalam bentuk pati yang mana buahnya
tidak banyak dipegang dan dipindah-randahkan.
Buah ini banyak kali disebut di dalam Al-Quran dan di dalam
kitab Perubatan Islam pun diulangi dan diulangi tentang kebaikannya. Kurma
adalah diantara manisan yang baik dimakan seperti yang disebut di dalam
ayat-ayat Al-Quran selain dari madu dan halwa. Kurma sangat tinggi zatnya,
dengan kandungan gula ringkas yang mudah hadam lebih dari mana-mana buah lain.
Antara khasiat Pati Kurma ialah :
- Merawat masalah dalam perut dan radang usus, ini kerana kandungan nikotinik yang tinggi membantu pertumbuhan organisma pathological, seterusnya menggalakkan pembiakan bakteria baik di dalam usus. Kehadiran bakteria baik ini menyihatkan usus dan melancarkan pencernaan makanan.
- Melancarkan dan menguatkan fungsi jantung dan sekaligus boleh mengurangkan risiko penyakit lemah jantung dan sebagainya.
- Mengatasi masalah sembelit, kerana kurma termasuk didalam makanan yang bersifat pelawas semulajadi yang bertindak melawas secara sederhana.
- Menyuburkan rahim wanita iaitu memperelok dan menganjalkan otot-otot pada bahagian sistem dalam pembiakan wanita.
- Meningkatkan stamina seksual untuk lelaki dan wanita sekaligus boleh menambah mesra hubungan intim suami dan isteri.
- Selalunya dijadikan sebagai makanan tambahan untuk meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita, mengatasi masalah dingin seks juga boleh mencegah dan merawat masalah kemandulan.
- Amat bermanfaat untuk ibu-ibu yang hamil bagi meredakan masalah mabuk dan menguatkan semangat mereka.
- Mengatasi Masalah cirit-birit kerana kurma antara makanan yang kaya serat dan mudah dihadam.
- Merawat masalah keputihan.
- Mengurangkan gejala-gejala kepanasan, perpeluhan dan debaran berlebihan ketika menghampiri menopos.
- Mencerdaskan minda pelajar sekolah.
- Anti Stress kerana kurma mampu merawat kemurungan.
- Menurunkan tekanan darah tinggi.
- Mengatasi masalah nafas berbau.
- Mengatasi masalah lelah (asma) kerana ia dapat melapangkan saluran pernafasan.
- Mencantikkan dan menambah seri pada kulit kerana ia dapat menghidupkan sel-sel kulit dan memberi kelembapan asli pada kulit.
- Meningkatkan daya tahan tubuh.
- Melegakan masalah pedih hulu hati.
- Mencerdaskan minda, elok diamalkan oleh semua peringkat usia.
- Menambah darah dengan meningkatkan paras hemoglobin dalam badan.
- Mengatasi masalah gas dalam perut dan boleh meredakan penyakit gastrik.
- Membantu menguatkan tulang, otot dan sendi.
- Bermanfaat untuk merawat penyakit kanser usus tanpa kesan sampingan yang merbahaya.
No comments:
Post a Comment